Skip to main content

Latihan Lari Pecut

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut
Tangan digerakkan dengan pantas.
Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)


TEKNIK MULAAN LARI PECUT

Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Mulaan gaya berdiri

Gaya ini seringkali diamalkan oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat.

Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula.
Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan kuat.
Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang tepat ke arah hadapan. (Rujuk kepada prinsip-prinsip asas lari pecut)




Kredit : http://notakuliahpismp.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Program latihan kecergasan fizikal

Pengenalan Program

Program latihan satu ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola sepak bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Kerayong yang akan menyertai Kejohanan Olahraga  Zon Bera yang akan diadakan pada bulan Julai 2010. Pihak pengurusan sekolah menetapkan matlamat agar pasukan bola sepak sekolah yang dibentuk ini sekurang-kurangnya dapat memasuki peringkat separuh akhir di kejohanan tersebut. Bagi memastikan pasukan olahraga bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Kerayong berjaya mencapai sasaran yang di tetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan program latihan tersebut. Antara mereka yang memainkan peranan utama bagi melaksanakan program latihan ini ialah jurulatih pasukan bola sepak.

Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan sesuatu jenis bentuk latihan. Jurulatih adalah dianggap sebagai perancang utama dan fasilitator yangakan mengendalikan pelbagai aspek fisiologi, sosiologi dan fisiologi yang kompleks.Oleh itu program latihan ya…

Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia

1. ERA PRA-KOLONIAL ( Sebelum penjajahan inggeris )

Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tidak ada pendidikan jasmani.

Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.

Kerja-kerja pertukangan dan berkebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.

Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.

Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

Latihan jasmanidiperturunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.

Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Sebagai contoh golongan biasa bermain sepak raga,gasing, dan co…

Tokoh Tamadun Islam dan sumbangannya

IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS

Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina

#Hasil Tulisan dan Ensiklopedia

Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.

Antara karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Mi…