Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia

Leave a Comment
1. ERA PRA-KOLONIAL ( Sebelum penjajahan inggeris )

Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tidak ada pendidikan jasmani.

Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.

Kerja-kerja pertukangan dan berkebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.

Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.

Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

Latihan jasmanidiperturunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.

Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Sebagai contoh golongan biasa bermain sepak raga,gasing, dan congkak. Golongan istana pula menunggang kuda, memanah dan memburu.

Secara amnya, Pendidikan Jasmani pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu aktiviti :-

1. Permainan masa lapang
2. Keperwiraan
3. Senaman tradisional

2) Era Penjajahan


a) Era Kolonial Inggeris Lama

Pendidikan Jasmani yang formalmasih tidak ada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah inggeris telah ditubuhkan semenjak 1821.

Permainan-permainan baru seperti bola sepak,hoki,ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.

Tujuan Pendidikan Jasmani pada masa ini adalah mengekalkan ststus quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi petani dan pesawah.

Sebelum mula pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.

Pada tahun 1890-an murid-murid perempuan mula diajar olahraga, sementara murid-murid lelaki diberi latihan tubi di sekolah-sekolah.

Pada tahun 1900-an pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.

Pada 1913-an Maktab Perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.

1920-an Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan, kawad, dan permainan yang membawa pengaruh inggeris.

1922-an Maktab Perguruan Sultan Ideris di Tanjung Malim, latihanjasmani dan kesihatan dalam kurikulum diutamakan.

Tahun 1924 seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran Pendidikan jasmani belum tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.

Tahun 1930-an usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah latihan fizikal. Perancangan latihan guru PJ mula di lancarkan ke seluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula menyedari kepentingan pendidikan jasmani.

1940-an Sukatan Pelajaran telah disemak dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.


b) Era Penjajahan Jepun
Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.

Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan,taat kepada pemerintah dan berdidiplin.

Arahan diberi dalam bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramaisetiap pagi selama 30 minit.

Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latihan tubi beramai-ramai.

Pengajaran latihan jasmani pada era penjajahan jepun lebih bercorak ketenteraan.

Di sesetengah sekolah latihan berkawad diadakan di sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga latihan berkebun.


3) Era Kolonial ( Pemerintahan Inggeris Sebelum Merdeka )

Tujuan Pendidikan Jasmani sama dengan tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.

Sekolah dibuka semula dan latihan Jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah.

Senaman diadakan selama 30 minit setiap hari sebelum masuk ke kelas untuk belajar.

Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.

Tidak semua sekolah dapat menjalankan pendidikan jasmani sepenuhnya.

Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran pendidikan jasmani.

Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM Melaka untuk menambah bilangan guru pendidikan jasmani.

1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan formaluntuk sekolah rendah dan menengah.

1950an kepentingan pendidikan jasmani meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.

Setiap hari persekolahan, latihan jasmani dan berkebun diadakan selama 30 minit sebelum masuk kelas.

Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.

1952, Guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang pendidikan jasmani.


4) Era Selepas Merdeka

1960an, sukatan pelajaran pendidikan jasmani dikaji semula.

1966, wujud sukatan pelajaran pendndikan jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tujuannya untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran pendidikan jasmani yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak dinegara kita.

Usaha meninggikan mutu pelajaran pendidikan jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK di Cheras.

Kursus tambahan 1 tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP pendidikan jasmani di Britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961)

Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan.

Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.

1958 kementerian pelajaran menubuhkan MSSM.

Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

1971 sukatan pendidikan jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk gimnastik.

1977 Universiti Malaya memasukkan pendidikan jasmani ke dalam kurikulum kursus diploma pendndikan. Tujuannya adalah untuk melangkapkan bakal-bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran pendidikan jasmani.



DEFINISI DAN KONSEP PERGERAKAN ASAS


KONSEP PERGERAKAN ASAS

Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dikakukan. Dengan ini memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep Pergerakan Asas terbahagi kepada empat (4) iaitu :


Kesedaran tubuh badan

•Pelbagai bentuk yang badan boleh lakukan (contoh: pusing badan)
•Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai (contoh: berdiri menggunakan
sebelah kaki)
•Pindahan berat antara anggota badan (contoh: berjalan)
Bahagian Badan : tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain
Bentuk Badan : bulat, lebar, sempat, terkilas, simtri, tak simtri


Kesedaran Ruang
•Melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi

Lokasi : ruang diri dan ruang am
Arah : atas – bawah, kiri – kanan, depan – belakang
Aras : rendah, sederhana, tinggi
Laluan : lurus, melengkung, zig-zag
Ekstensi : besar – kecil, jauh – dekat



Beban
•Kelajuan sesuatu pergerakan
•Kekuatan

Masa : cepat – lambat
Daya : kuat – ringan
Aliran : bebas – terikat



Perhubungan

•Perhubungan dengan Objek dan Manusia
Dengan Objek : atas – bawah, dekat – jauh, keliling, sisi, bertemu – berpisah
Dengan Orang : memimpin – ikut, cermin – padan, solo, berpasangan,
berkumpulan.



Rujukan :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani


PERGERAKAN LOKOMOTOR


Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut.

Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi.

Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh,berjalan,berlari,melompat,melompat ketinting,lari sisi,skip,merangkak,guling hadapan,guling balak,guling sisi dan galop.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Definisi pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

Pergerakan bukan lokomotor juga adalah pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Contoh, melambung,membaling,menggolek,dan menampar alatan kecil atau besar.

Pergerakan lokomotor dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun aktiviti sukan dan rekreasi.

Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan,memusing,meregang,menunduk,menghayun,mengangkat,menolak,menarik,menjatuh,mengoncang,melantun,membuai badan dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.