KERJA KURSUS PERGERAKAN ASAS

Leave a Comment
1.0 PENGENALAN

Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.

Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor.

1.1 Kemahiran Lokomotor

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

1.1.1 Lokomotor beritma sekata

1. Berjalan
Pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.
2. Berlari
Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi

3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli)
6. Meloncat
Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
7. Melompat Ketingting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata

1. Skip
2. Melongsor
3. Galop


1.2 Kemahiran Bukan Lokomotor

Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang.

1.2.1 Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

1.2.2 Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah.
Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang:
1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.
2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.


1.2.3 Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

1.2.4 Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing:
1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher.
2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong.

1.2.5 Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.

1.2.6 Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik:
1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan
2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi .
3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki.


1.2.7 Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap.

1.2.8 Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan.
Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai:
1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di
dada.
2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain.
3. Hayun dengan bergayut pada palang.
4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke
kiri dan ke kanan.

1.2.9 Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

1.2.10 Bangkit
Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.


Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit:
1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

1.3 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:
1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul )
2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut )
3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )


2.0 MATLAMAT

Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.

3.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :

1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan.
2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan.
3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan.
4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.
5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.
6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.
7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.
8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran.
9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
10. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
11. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
12. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
13. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
5.0 Tarikh
30 April 2010
6.0 Tempat
Gimnasium Saidina Hamzah
7.0 Kumpulan Sasaran
Pelajar Tahun Empat


8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.

8.1 Pelan lantai
Rujuk Lampiran


8.2 Senarai peralatan berat
1) Exercise Mat
2) Bangku panjang
3) Peti Lombol
4) Papan Anjal
5) Skittel
6) Kotak


8.3 Senarai alatan tangan
1) Gelung
2) Belatan
3) Pundi kacang
4) Riben


8.4 Prosedur pelaksanaan demonstrasi
Pergerakan 1

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Dirian Bangau
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak
2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah
3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan


Pergerakan 2

Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Bola Berputar
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak
2) Rendahkan badan seperti melutut
3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai
4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali
5) Berdiri tegak seperti sediakala.


Pergerakan 3

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Irama gelung
Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan
2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah


Pergerakan 4

Jenis pergerakan : Lokomotor
Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit
Alatan : Tilam

Cara pelaksanaan :
1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan
2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan
menahan badan
3) Ulang langkah 1 dan 2


Pergerakan 5

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Tepuk pundi
Alatan : Pundi kacang (1)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang
2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali


Pergerakan 6

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Jambatan Gantung
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Baring di atas lantai
2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang
3) Angkat bahagian belakang badan ke atas



Pergerakan 7

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Gerakan harimau
Alatan : Pundi kacang (2)

Cara pelaksanaan :
1) Posisi adalah seperti merangkak
2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan
3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan
dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli


PERGERAKAN 8
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan dihayun ke belakang.
2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan
3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan.


Pergerakan 9

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Gelungku pusing
Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :
1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan
2) Pusingkan gelung 360 bermula dari arah kanan dengan
menggunakan tangan


Pergerakan 10

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Imbangan pundi
Alatan : Pundi kacang (1)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas
kepala
2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan
ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan
3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat


PERGERAKAN 11
Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Duduk Si Tempang
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Peserta berdiri tegak dengan tangan di sisi
2) Peserta mendepakan tangan ke sisi sambil mengangkat dan meunjurkan kaki ke hadapan
3) Peserta duduk separuh dan pastikan lutut dibengkokkan 90 darjah.


Pergerakan 12

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Bus driver
Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang
stereng bas
2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki
kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu
3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan
gelung


Pergerakan 13
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Lompat Berpusing
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah
2) Lompat sambil memusingkan badan
3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki


Pergerakan 14

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor
Nama pergerakan : Belantanku sayang
Alatan : Belatan (2)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri tegak
2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas
3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi
4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan
5) Ulang langkah 2,3 dan 4


PERGERAKAN 15

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Imbangan Sisi
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Peserta baring sisi kanan
2) Tangan kanan ditegakkan untuk mengangkat badan ke atas
3) Tahan dan cuba imbangkan badan selama 5 saat



Pergerakan 16

Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Gulingan Balak
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas
2) Gulingkan badan ke sisi


Pergerakan 17

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Gerudi belantan
Alatan : Belantan (2)

Cara pelaksanaan :
1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan
2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan
3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan


PERGERAKAN 18

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan :Bangkit tubi
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Peserta meletakkan tangan di sisi badan dan lutut dibengkokkan
2) Peserta meletakkan tangan secara bersilang di dada
3) Peserta bangun hingga dada mencecah lutut
4) Kembali ke kedudukan asal



PERGERAKAN 19

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk
Alatan : Kotak dan gelung (1)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung
2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang
3) Lompat melepasi kotak
4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit


Pergerakan 20

Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Kudaku Laju
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada
2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti biasa
3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan


Pergerakan 21

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Morning glory
Alatan : Belantan (2)

Cara pelaksanaan :
1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan
ke hadapan
2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri

Pergerakan 22

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor
Nama pergerakan : Ular Terbang
Alatan : Riben
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri sambil memegang riben
2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan
3) Memutarkan riben pada paras atas kepala.


PERGERAKAN 23

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Tekan Tubi
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Peserta dalam keadaan sedia iaitu dalam keadaan meniarap
2) Peserta meluruskan siku untuk menaikkan badan ke atas
3) Siku dibengkokkan kembali dan badan turun ke bawah tetapi tidak mencecah lantai
4) Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 5 kali


PERGERAKAN 24

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Lompatan X
Alatan : Papan anjal dan belatan (2)

Cara pelaksanaan :
1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang belatan yang disilangkan seperti bentuk X
2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil
memegang belatan
3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula


PERGERAKAN 25

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Hayunan belantan
Alatan : Peti lombol dan belantan (2)

Cara pelaksanaan :
1)Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke arah bawah
2)Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara
berulangkali

PERGERAKAN 26

Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Merangkak
Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:
1) Peserta seperti keadaan merangkak
2) Peserta bergerak ke hadapan

Pergerakan 27

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Lompat katak bergelung
Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :
1)Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil tangan memegang gelung
2)Melompat ke hadapan seperti lompat katak

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.